Xpax EasyPhone Dan UMicroCredit Untuk iPhone 8

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kini telah pun berada di pasaran tempatan yang boleh didapati dari pengedar rasmi Apple Malaysia bermula 20 Oktober 2017. Harga iPhone 8 dan 8 Plus ialah bermula dari RM3649 untuk iPhone 8 dan RM4149 untuk model yang lebih besar iaitu iPhone 8 Plus.

Syarikat-syarikat telco juga telah mengambil peluang dengan pelbagai pakej dan plan data internet untuk iPhone 8 dengan harga subsidi peranti yang lebih rendah. Walaupun dengan harga subsidi, kebanyakan pengguna masih lagi kurang berkemampuan untuk memiliki Apple iPhone 8.

Dengan itu, Celcom dan UMobile telah memperkenalkan kaedah ansuran bulanan melalui plan Xpax EasyPhone dan juga U MicroCredit.

Xpax EasyPhone Dan UMicroCredit. Yang Mana Lebih Berbaloi?.

Kedua-duanya menawarkan fungsi yang sama iaitu menawarkan bayaran ansuran untuk pembelian iPhone 8. Namun untuk EasyPhone telah ditetapkan sebagai pinjaman penuh dengan bayarn ansuran selama 24 bulan. Untuk Apple iPhone 8 64 GB akan dikenakan bayaran ansuran RM203 sebulan untuk tempoh 24 bulan.

Bagi UMicroCredit pula boleh ditetapkan jumlah pinjaman sama ada pinjaman penuh atau pinjaman separa mengikut kesesuaian bajet anda. Pinjaman separa boleh dibuat bermula dari RM1000. Pilihan tempoh bayaran juga lebih pelbagai iaitu dari 12 sehingga 36 bulan. Untuk pinjaman penuh dengan tempoh 24 bulan, ansuran iPhone 8 64GB dari RM124 sebulan. Untuk perbandingan antara Xpax EasyPhone dan UMicroCredit bagi iPhone 8 64GB, pinjaman penuh, tempoh 24 bulan seperti dibawah.

Xpax EasyPhone Dan UMicroCredit Untuk iPhone 8

Bedasarkan jumlah komitmen bulanan yang perlu dibayar, plan Xpax Easyphone hanya perlu membayar RM203 setiap bulan oleh kerana ia tidak ditawarkan dengan plan data internet khusus. Pengguna hanya diberi Prepaid Xpax dengan kredit percuma RM30 setiap bulan untuk tempoh 2 tahun dengan penjimatan RM720 untuk tempoh tersebut. Jadi, untuk tempoh dua tahun anda tidak perlu tambah nilai kredit melainkan anda perlukan kredit tambahan.

Bagi UMicroCredit pula, komitmen bulanan ialah RM246.90 bagi yang memilih plan i90 dan RM273.90 bagi yang memilih plan i130. Dengan tambahan sekitar RM44 berbanding plan EasyPhone, anda akan menerima panggilan tanpa had, data internet 7GB, penggunaan data tanpa had untuk aplikasi Facebook, Twitter, Instagram, Spotify dan banyak lagi serta 7GB data percuma untuk YouTube melalui plan Postpaid i90 dari UMobile. Bagi memudahkan anda memilih peranti yang sesuai dengan bajet bulanan anda boleh rujuk jadual dibawah.

Xpax EasyPhone Dan UMicroCredit Untuk iPhone 8

Kesimpulannya, kedua-dua pakej yang ditawarkan Xpax dan UMobile ini adalah berbaloi mengikut pengguna itu sendiri. Bagi yang tidak perlukan plan data, pemilihan kaedah bayaran Xpax EasyPhone adalah jalan terbaik manakala bagi yang perlukan plan data sudah tentu akan memilih tawaran dari UMicroCredit.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Xpax EasyPhone dan juga U MicroCredit untuk kedua-dua tawaran ini.