Honor 7X Malaysia

Oktober lalu Honor telah mengumumkan smartphone mampu milik yang dilengkapi dengan skrin nisbah 18:9. Model tersebut ialah Honor 7X yang telah dipasaran China dengan harga jualan CNY1300 atau bersamaan sekitar RM899. Di Malaysia, peranti ini dijangka akan dibawa masuk pada 12 Desember ini.

Dari segi spesifikasi, Honor 7X memiliki persamaan dengan Huawei Nova 2i yang kini di pasaran dengan harga RM1299. Cuma, sedikit berbeza dari segi reka bentuk serta lensa hadapan yang menggunakan lensa tunggal pada Honor 7X manakala Nova 2i menggunkan sistem dual kamera pada lensa hadapan untuk gambar selfie yang lebih baik.

Honor 7X hadir dengan skrin 5.93 inci, resolusi 1080 x 2160 pixel serta menggunakan EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0 Nougat. Di dalamnya turut dimuatkan dengan 4 GB RAM serta pilihan memori 32, 64 dan 128 GB.

Honor 7X Malaysia

Lensa utamanya menggunakan dual kamera dengan 16 Megapixel dan 2 Megapixel manakala kamera selfie pula menggunakan sensor 8 Megapixel.

Honor 7X dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada 12 December ini namun untuk harga rasminya di Malaysia masih lagi belum diketahui. Tetapi sudah tentunya lebih murah dari model Huawei Nova 2i dan ia dijangka sekitar RM899 hingga RM999.