Smartphone High-End Neffos

Neffos yang merupakan jenama smartphone dibawah TP-Link sebelum ini banyak mengeluarkan model mampu milik dan juga kelas pertengahan. Bedasarkan sumber terbaru Neffos dikatakan akan melancarkan sebuah smartphone perdana dengan cip Snapdragon 835 dan skrin 18:9.

Nama model smartphone tersebut masih lagi belun diketahui. Namun gambar dan spesifikasi awal telah tertiris. Bedasarkan gambar yang tertiris, model ini hadir dengan trend skrin 18:9 tanpa bezel disisi kiri dan kanannya. Bezel atas dan bawah juga agak nipis dan hanya memuatkan kamera hadapan dan juga logo Neffos di bahagian bawah. Pengimbas cap jari diletakan di bahagian belakang bersama dual kamera berserta LED flash.

Kamera yang digunakan mungkin sensor 16 Megapixel dan 20 Megapixel beserta fungsi 2x optical Zoom. Kamera selfie pula dijangka menggunakan sensor 16 Megapixel.

Dibahagian dalam, Neffos bakal bawakan sesuatu yang diluar jangkaan iaitu cip Snapdragon 835 dan 6GB RAM. Spesifikasi lain masih lagi belum diketahui. Buat masa ini masih belum ada maklumat mengenai tarikh pelancaran dan juga maklumat harganya. Namun sekiranya ia dipasarkan dibawah RM2500 seperti Nokia 8, Xiaomi Mi 6 dan OnePlus 5 sudah tentu peranti ini akan mendapat perhatian pengguna.

Tags