[AdsLink]Oppo baru sahaja melancarkan satu lagi model untuk kelas pertenghan. Ia dikenali sebagai Oppo A79 yang mirip kepada Oppo F5 namun dengan skrin OLED dan kamera utama yang menggunakan Aperture F1.8.
Oppo A79 hadir dalam dua pilihan warna hitam dan emas dengan skrin OLED sebesar 6.01 inci, 2180 x 1080 pixel. Skrin dengan ratio 18:9 ini menawarkan paparan yang lebih luas pada peranti yang lebih kecil.
Telefon ini juga dikuasai oleh cip Mediatek Helio P23 dengan kemampuan Octa-Core 2.5 Ghz CPU serta 4 GB RAM. Ia juga memiliki ruanga memori 64 GB dengan sokongan memori tambahan sehingga 256 GB melalui slot microSD. Didalamnya juga terdapat bateri 3000 mAh dengan pengecasan VOOC yang mampu mengecas dengan pantas.
Oppo A79 menawarkan kemara 16 Megapixel di depan dan dibelakang. Bezanya kamera utama hadir dengan Aperture F1.8 manakala Lensa selfie menggunakan kamera dengan Aperture F2.0.
Peranti dengan Android 7.1.1 Nougat ini juga memiliki pengimbas cap jari di bahagian belakngnya. Memandangkan ia memiliki skrin OLED dengan lensa Aperture F1.8, harganya lebih tinggi berbanding Oppo F5. Di China, peranti ini dijual pada harga CNY,399 atau bersamaan sekitar RM1499 di Malaysia.