Harga Oppo F5 Youth Malaysia

Oppo F5 baru sahaja dilancarkan untuk pasaran tempatan dengan harga RM1298. Kini, variasi dengan harga yang lebih murah pula diperkenlakan iaitu Oppo F5 Youth. Ianya dilancarkan di Filipina dengan harga jualan PHP13,990 atau sekitar RM1099. Namun untuk pasaran di Malaysia masih lagi belum diketahui.

Keseluruhannya, Oppo F5 Youth hampir sama dengan model F5 yang diperkenalkan sebelum ini dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk. Bezanya hanya pada kamera dan juga memori dalaman serta RAM. Ia menggunakan skrin 18:9 sebesar 6.0-inci dengan resolusi FHD+ 2160 x 1080 pixel.

Oppo F5 Youth membawakan kamera hadapan 13 Megapixel, F2.2 manakala kamera selfie pula menggunakan lensa 16 Megapixel F2.0. Oppo juga membawakan teknologi AI Beauty dan Facial Unlock sepertimana terdapat pada Oppo F5.

Harga Oppo F5 Youth Malaysia

Di bahagian dalamnya, ia dikuasai oleh pemproses MediaTek Helio P22 yang sama dengan model F5 namun untuk memorinya lebih rendah iaitu 32GB dan 3 GB RAM. Terdapat juga slot microSD yang boleh dimuatkan sehingga 256GB serta dua slot untuk nano SIM.

Buat masa ini, Oppo F5 Youth dilancarkan di Filipina sahaja dalam pilihan warna emas dan hitam. Pasaran diluar Filipina masih lagi belum diketahui. Di Malaysia peranti ini dijangka akan hadir sekitar RM1099.