Plan Internet Celcom Untuk Oppo F5

Oppo F5 baru sahaja dilancarkan di pasaran Malaysia dengan harga RM1298. Ia boleh didapati dari Oppo Store mulai 2 November 2017. Bagi yang ingin menggunakan plan postpaid, Celcom ada membuat tawaran khas dengan harga subsidi Oppo F5 serendah RM0.

Seperti biasa, Celcom membawarkan empat plan yang terdiri dari Celcom First Gold Plus, Celcom Gold Supreme, Celcom First Platinun dan juga Celcom Platinum Plus dengan harga subsidi peranti serendah RM0 hinggalah RM608. Keempat-empat plan postpaid ini hadir dengan kontrak selama 24 bulan, panggilan tanpa had serta cas 20sen/SMS untuk kesemua rangkaian.

Celcom menawarkan data internet yang agak besar iaitu dari 40GB sebulan sehinggalah ke 100GB dengan pecahan data untuk waktu kerja (Isnin hingga Jumaat) dan juga waktu hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Setiap pakej juga ditawarkan dengan penggunaan aplikasi sosial tanpa had seperti Whatsaap dan WeeChat serta Yonder Music. Kapasiti data untuk Video Walla pula ditawarkan mengikut plan yang dipilih.

Plan Internet Celcom Untuk Oppo F5

Sedikit mengenai spesifikasi Oppo F5 yang merupakan peranti dekan skrin FullView sebesar 6.0 inci, pemproses Mediatek MT6763T Helio P23, 32GB memori dalaman serta 4 GB RAM. Menarik mengenai peranti ini ialah teknologi “AI” Beauty untuk gambar selfie yang lebih sempurna dengan kamera selfie 20 Megapixel. Kamera di bahagian belakang pula dimuatkan dengan sensor 16 Megapixel.

Untuk maklumat lanjut mengenai plan internet Celcom untuk Oppo F5 boleh layari laman rasmi Celcom Malaysia.