Razer Phone Malaysia

Razer baru sahaja melancarkan smartphone pertama yang khusus kepada Gamer sejati. Ia dikenali sebagai Razer Phone dengan rekaan klasik segi empat namun di dalamnya hadir dengan sesuatu yang diluar jangkaan.

Rekaannya agak klasik dengan bezel tebal di bahagian atas dan bawah. Mungkin ianya untuk memberikan lebih keselesaan apabila memegang secara mendatar memandangkan ia khusus untuk permainan.

Razer Phone hadir dengan kerangka logam dengan sentuhan Matte Black di bahagian luar. Seperti smartphone yang lain terdapat butang kuasa dan pelaras suara di sisinya, USB Type-C di bahagian bawah serta 35mm Audio Jack di bahagian atas. Pengimbas cap jari pula diletakan di bahagian sisi.

Razer juga akan keluarkan model Special Edition dengan logo Razer bewarna hijau di bahagian belakang. Versi standarad hadir dengan logo silver. Spesifikasi untuk kedua-dua model ini adalah sama.

Razer Phone Malaysia

Didepannya, Razer masih lagi mengkalkan penggunaan skrin nisbah 16:9 bersaiz 5.7-inci dan resolusi 1440 x 2560 pixel. Skrinnya turut menyokong Wide Color Gamut dan juga refresh rate 120Hz. Kebanyakan peranti perdana sedia ada menggunakan hanya 60 Hz. Penggunaan refresh rate yang tinggi menghaslikan gambar animation dan juga pergerakan 3D yang kelihatan lebih lancar.

Untuk sebuah smartphone untuk Gamer, sudah tentu memerlukan CPU dan RAM yang tinggi. Oleh itu cip Snapdragon 835 digunakan bersama-sama 8GB RAM bagi meningkatkan lagi kelancaran terutamanya untuk fungsi multitasking. Ruangan memori juga hadir dengan 64GB serta menyokong slot tambahan microSD. Kapasiti bateri juga agak besar dengan bateri 4000 mAh.

Razer Phone Malaysia

Razer Phone juga hadir dengan aturan dual kamera di bahagian belakang dengan lensa 12 Megapixel F1.75 kamera utama serta 13 Megapixel F2.6 untuk lensa 2x Zoom. Untuk selfie pula peranti ini hadir dengan 8 Megapixel F2.0 di bahagian depan. Untuk spesifikasi lanjut Razer Phone seperti di bawah :-

Spesifikasi Razer Phone

  • IGZO IPS LCD 5.7-Inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels.
  • Kamera Utama Dual 12 Megapixel (F1.75) + 13 Megapixel (F2.6),  2x Optical Zoom.
  • 8 Megapixel kamera selfie dan panggilan video.
  • Pemproses Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835 dengan Octa-Core CPU.
  • Memori dalaman 64 GB dan 8 GB RAM.
  • Platform Android 7.1 (Nougat).
  • Sokongan nano-SIM tunggal dan rangkaian 4G LTE.
  • Bateri Li-Ion 4000 mAh dengan Pengecasan Pantas.
  • Harga Razer Phone di Malaysia dijangka sekitar RM2999.

Buat masa ini peranti ini akan dipasarkan di Amerika dan Eropah sahaja dengan tempahan bermula 1 November 2017 dan dijangka akan dipasaran rasmi pada 17 November ini. Pasaran Asia masih lagi tidak diketahui.

Harga Razer Phone juga telah diumumkan. Harganya USD699 untuk pasaran Amerika dan £699 di UK. Bedasarkan tukaran mata wang Malaysia, Razer Phone dijangka berharga sekitar RM2999.