Harga Oppo F5 Malaysia

Oppo baru sahaja melancarkan smartphone dengan skrin 18:9 FullView pertama iaitu Oppo F5. Bertuah untuk pengguna di Malaysia kerana peranti ini telah berada di pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM1298.

Seperti siri Oppo F yang lain, peranti ini lebih mengfokuskan kepada fotografi terutamanya yang gemar nengambil gambar Selfie. Oppo juga telah bawakan beberapa perkara baru untuk model ini seperti fungsi Face Unlock untuk membuka peranti dengan pengecaman wajah serta teknologi baru “AI” Beauty untuk gambar selfie yang lebih sempurna.

Reka Bentuk Dan Skrin

Dari reka bentuknya, tidak banyak bezanya dengan model Oppo yang lain. Malah rekaannya juga hampir mirip dari model Vivo dan OnePlus. Namun tidak hairanlah oleh kerana ketiga-tiga jenama ini berada di bawah syarikat yang sama iaitu BBK Electronics.

Di bahgian luarnya, Oppo F5 kelihatan premium dengan sentuhan warna seolah-olah logam namun ianya adalah plastik. Untuk pasaran Malaysia, Oppo F5 hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan emas.

Harga Oppo F5 Malaysia

Di bahagian hadapan peranti ini hadir dengan skrin 6.0-inci dengan resolusi 1080 x 2160 pixel. Walaupun skrinnya besar, namun usah risau kerana ia masih selesa dipegang oleh kerana ia menggunakan skrn nisbah 18:9 yang lebih memanjang.

Prestasi Dan Kamera

Di bahagian dalam pula, Oppo F5 dikuasai oleh Mediatek Helio P23 dengan kekuatan 8-Teras dan pemproses grafik Mali-G71 MP2. Ianya merupakan cip kelas pertengahan yang diperkenalkan Ogos yang lalu mengfokuskan kualiti kamera pada pemproses imej Imagiq 2.0 dan penggunaan tenaga yang menjimatkan.

Oppo F5 juga hadir dengan memori 32GB dan 4GB RAM serta sokongan slot memori tambahan microSD. Ia juga menggunakan bateri berkapasiti 3200 mAh.

Harga Oppo F5 Malaysia

Untuk fotografi, Oppo F5 sudah tentu menawarkan gambar selfie yang lebih cantik melalui lensa hadapan 20 Megapixel dengan Aperture F2.0 dan saiz sensor 1/2.8-inci. Oppo juga nemperkenalkan Beauty “AI” atau Artificial Intelligence untuk kenal pasti jenis wajah anda dan menambah baik untuk hasilkan gambar selfie yang lebih sempurna.

Kamera selfienya juga boleh menghasilkan kesan bokeh yang cantik terutamanya untuk gambar portrait. Ianya akan mengfokus pada wajah manakala gambar latar akan dikaburkan seolah-olah gambar diambil menggunakan dual-kamera atau kamera professional DSLR.

Harga Oppo F5 Malaysia

Kamera belakangnya pula hadir dengan sensor 16 Megapixel F1.8. Ianya tidak memiliki fungsi Beauty AI namun kameranya masih baik untuk semua jensi mod fotografi termasuk Panorama, HDR dan juga mampu merakam video dalam resolusi HD1080p.

Oppo F5 dijalankan menggunakan ColorOS 3.2 yang berasaskan Android 7.1 Nougat. Ia hadir dengan kesemua fungsi Android Nougat seperti Split Screen dan sebagainya.

Harga Oppo F5 Di Malaysia

Untuk harga Oppo F5 di Malaysia, peranti ini berharga RM1298 dan tempahan boleh dibuat melalui Lazada Malaysia bermula 2 November 2017. Anda akan meberima peranti anda pada 11 November 2017.

Oppo F5 amat sesuai bagi pengguna yang gemar berselfie dengan reka bentuk yang nipis, skrin yang besar dan prestasi yang agak baik. Harganya juga masih lagi berbaloi dengan spesifikasi dan pakej yang ditawarkan. Untuk harga dan fungsi yang hampir sama anda boleh lihat juga peranti seperti Huawei Nova 2i (RM1299) yang memiliki dual-kamera untuk selfie dan juga Vivo V7 Plus (RM1499) dengan kamera selfie 24 Megapixel.