Harga Xiaomi Redmi Note 5A Prime Malaysia

Siri Xiaomi Redmi Note boleh dikatakan antara siri yang paling berjaya untuk kategori smartphone bajet. Ia bukan sahaja menawarkan harga yang murah namun spesifikasinya juga agak baik berbading persaingnya dari jenama lain.

Sebelum ini Xiaomi Malaysia telah lancarkan Xiaomi Redmi Note 5A di Malaysia dengan harga jualan RM549. Namun bagi yang inginkan kamera selfie yang lebih baik serta ruang memori dan CPU yang lebih besar dan lebih berkuasa, model baru Xiaomi Redmi Note 5A Prime adalah pilihan anda.

Redmi Note 5A Prime baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 11 November 2107 yang membawa penambahbaikan terutama pada kamera selfie, CPU dan ruang memori yang kebih besar berbanding model Redmi Note 5A. Harga Xiaomi Redmi Note 5A Prime di Malaysia ialah RM699 dengan model 32GB.

Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5A Prime

Rekaan luar agak sinonim dengan model Xiaomi yang lain dengan pilihan warna perak, emas dan emas ros. Ianya seolah-olah logam tetapi kerangka luarnya adalah plastik. Peranti ini hadir dengan butang kuasa dan pelaras bunyi di sisi kanannya. Ruangan SIM di sebelah kiri manakala audio jack dan sensor infrared di bahagian atasnya. Seperti biasa port microUSB dan dual speaker di letakan di bahagian bawah.

Harga Xiaomi Redmi Note 5A Prime Malaysia

Didepannya, Xiaomi Redmi Note 5A membawakan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD 720p serta lapisan Corning Gorilla Glass 3 yang kebih tahan calar. Seperti kebanyakan skrin IPS LCD yang lain, kualiti skrinnya agak baik dengan sudut penglihatan yang turut baik. Namun apabila dibawah cahaya matahari anda mungkin agak sukar untuk melihat skrin dengan jelas.

Xiaomi Redmi Note 5A Prime menggunakan cip Snapdragon 435 dengan CPU Quad-Core dan GPU Adreno 505. Untuk pasaran Malaysia, model ini disertakan dengan memori 32GB serta 3 GB RAM. Ia turut hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian belakang serta bateri Li-Ion 3080 mAh.

Bagi yang gemar mengambil gambar selfie, peranti ini menyediakan lensa 16 Megapixel dengan Aperture F2.0. LED Flash di bahagian hadapan juga disertakan untuk gambar selfie yang lebih cerah. Di bahagian belakangnya, telefon ini membawakan kamera 13 Megapixel F2.2 dengan sistem Phase Detection Autofocus. Untuk spesifikasi penuh Xiaomi Redmi Note 5A Prime seperti di bawah.

Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5A Prime
Platform Android 7.0 (Nougat)
Pemproses Qualcomm MSM8940 Snapdragon 435
Memori 32 GB With 3 GB RAM
Paparan IPS LCD 5.5 inci, 720 x 1280 pixels (HD)
Kamera Utama
  • 13 Megapixel (F2.2)
  • Phase Detection Autofocus
  • Rakaman Video [email protected]
  • LED flash
Kamera Depan
  • 16 Megapixel (F2.0)
  • LED flash
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Ion 3080 mAh
  • Warna Emas dan Kelabu untuk pasaran Malaysia
  • Sambungan 4G LTE Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di bahagian belakang
Harga Di Malaysia RM699, Jualan Bermula 11 November 2017
Kelebihan
  • Smartphone dengan kamera selfie dengan harga serendah RM699.
  • Skrin yang besar iaitu 5.5 inci, HD 720p berbanding pesaingnya yang kebanyakan menggunakan skrin 5.0 inci.
  • Kamera selfie dengan resolusi tinggi iaitu 16 Megapixel berserta LED Flash di depan untuk gambar selfie yang lebih cerah.
  • Sokongan dual-SIM dengan rangkaian 4G LTE dengan kepantasan muat turun sehingga 150 Mbps.
  • Jangka hayat bateri yang lama iaitu sehingga 240 jam waktu sedia, 32 jam waktu berbual dan 75 jam waktu main muzik.
  • Sokongan infraRed berfungsi sebagai alat kawalan jauh untuk TV dan sebagainya.
Kekurangan
  • Rekaan luar daripada plastik.
  • Rekaan bezel atas dan bawah yang agak besar.
  • Bateri yang tidak boleh ditukar ganti.
Dapatkan Smartphone Xiaomi Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Harga Xiaomi Redmi Note 5A Prime Malaysia

Harga Xiaomi Redmi Note 5A Prime Malaysia

Xiaomi Redmi Note 5A Prime telah berada di pasaran tempatan bermula 11 November 2017 dengan harga rasmi RM699. Ia boleh didapati dari pengedar rasmi Xiaomi atau kedai atas talian MiStore melalui Lazada Malaysia.

Untuk harga yang sama, terdapat tiga model terkini yang akan bersaing dengan model ini iaitu Huawei Honor 6A Pro dengan harga jualan RM699,  Motorola Moto E4 berharga RM639 serta Samsung Galaxy J3 Pro 2017 yang juga berharga RM699.

Bedasarkan ketiga-tiga model ini, Xiaomi Redmi Note 5A Prime menawarkan pakej yang lebih baik dengan skrin yang lebih besar serta kamera selfie yang lebih baik. Sekiranya anda nencari telefon terbaik dibawah RM700, Xiaomi Redmi Note 5A Prime adalah model terbaik untuk anda.