Asus ZenFone Max Plus (M1)

Asus Malaysia akan melancarkan model smartphone dengan skrin 18:9 tidak lama lagi di pasaran tempatan. Ia dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember ini atau awal Januari tahun hadapan.

Smartphone tersebut akan berasaskan model Asus Pegasus 4S yang dilancarkan di China dengan kod model ZB570TL. Ia berkemungkinan akan berada di pasaran tempatan dengan nama Asus ZenFone Max Plus (M1) yang telah di pasaran Rusia dengan harga ₽16,990 atau sekitar RM1199.

Bedasarkan model Asus Pegasus 4S, Ia merupakan smartphone dengan skrin 5.7 inci, resolusi FHD+ 2160 x 1080 pixel. Di dalamnya, peranti ini membawakan memori sebesar 32GB serta 3 GB RAM dengan bateri berkapasiti 4130 mAh.

Asus ZenFone Max Plus (M1)

Seperti kebanyakan siri Zenofone 4, Model baru ini juga akan hadir dengan dual kamera dibahagian belakang dengan sensor 16 Megapixel dan 8 Megapixel. Kamera hadapan pula dimuatkan dengan 8 Megapexel kamera selfie.

Buat masa ini, masih belum ada maklumat mengenai peranti ini untuk pasaran Malaysia. Namun bedasarkan harga untuk pasaran Malaysia, peranti ini dijngka akan dijual sekitar RM1199 di Malaysia.