Xiaomi Y1 Dan Y1 Malaysia

Xiaomi baru sahaja melancarkan dua model dari siri baru iaitu Xiaomi Y1 dan Xiaomi Y1 Lite untuk pasaran India. Di Malaysia, kedua-dua peranti ini telah berada di pasaran namun dengan nama yang berbeza iaitu Xiaomi Redmi Note 5A dengan harga RM549 dan Xiaomi Redmi Note 5A Prime dengan harga RM699.

Xiaomi Y1 dan Y1 Lite mengfokuskan kepada remaja yang inginkan peranti berskrin besar pada harga yang mampu milik disamping prestasinya yang agak baik. Kamera selfie-nya juga menggunakan resolusi tinggi dengan sensor 16 Megapixel.

Spesifikasi Xiaomi Y1

Xiaomi Y1 memiliki skrin LCD 5.5-inci dengan resolusi HD Penuh 1080p, pemproses Snapdragon 435 dengan CPU Octa-Core serta dua pulihan memori 32GB/3GB RAM serta 64GB/4GB RAM. Peranti ini juga hadir dengan pengimbas cap jari dan bateri berkapasiti Li-Ion 3080 mAh.

Xiaomi Y1 Dan Y1 Malaysia

Peranti ini dijalankan menggynakan MiUi 8 berasakaan Android 7.0 Nougat. Namun kemaskini MiUi versi 9  dijangka hadir penghujung tahun ini. Kamera selfienya agak baik dengan dengan sensor 16 Megapixel, F2.0 serta LED Flash. Kamera belakang pula dilengkapi dengam sensor 13 Megapixel.

Spesifikasi Xiaomi Y1 Lite

Bagi Xiaomi Y1 Lite Pula hadir dengan skrin 5.5-inci dengan resolusi HD270p. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 425, 2 GB RAM dan 16GB Memori dalaman. Namun bagi peranti ini tidak memiliki pengimbas cap jari seperti yang terdapat pada versi Y1.

Xiaomi Y1 Dan Y1 Malaysia

Untuk kamera, Xiaomi Y1 Lite hadir dengan lensa selfie 5 Megapixel manakala kamera utama menggunakan sensor 13 Megapixel. Di India, peranti ini akan dijual dengan harga INR 6,999 untuk versi Y1 Lite manakala versi standard dijual dengan harga INR 8,999 untuk model 32GB dan INR 10,999 untuk model 64GB.