Nokia 1 Android Go

Android Go merupakan satu program bagi menghasilkan smartphone kelas permulaan yang lebih murah dan lancar. Ia lebih mengfokuskan pada negara-negara yang sedang membangun dengan smartphone kelas permulaan yang menjadi permintaan tinggi.

Peranti-peranti ini akan membawa platform Android yang lebih ringan serta beberapa aplikasi khas yang kebih ringan seperti YouTube Go, Google Go, Files Go dan sebagainya. Ia juga menjamin penggunaan memori dalaman yang lebih rendah.

Banyak pengeluar-pengeluat smartphone menyokong program dari Google ini dan salah satu darinya adalah Nokia melalui peranti yang akan dilancarkan pada March tahun hadapan iaitu Nokia 1.

Nokia 1 dijangka hadir dengan spesifikasi asas termasuk 1GB RAM, 8 GB memori terbina, paparan skrin dengan resolusi HD 720p. Spesifikasi lain masih lagi belum diketahui. Mengenai harganya, Nokia 1 dijangka akan dijual dengan harga yang lebih murah iaitu sekitar RM400.

Sumber : TechRadar