Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL)

Sebelum ini Asus Malaysia telah memperkenalkan beberapa model baru dari siri Asus Zenfone 4 untuk pasaran Malaysia. Kesemua model-model tersebut hadir dengan dual kamera untuk kesan bokeh yang lebih baik.

Bagi yang inginkan smartphone dengan bateri yang lebih tahan lama, Asus Zenfone 4 Max Pro menawarkan pakej menarik untuk anda. Peranti ini membawakan kombinasi menarik antara bateri yang besar, spesifikasi yang mantap serta kamera yang berkualiti.

Kami telah menguji ZenFone 4 Max Pro ini dan ia merupakan salah satu model terbaik untuk smartphone berharga sekitar RM1000. Di Malaysia, terdapat dua model Asus Zenfone 4 Max di pasaran iaitu Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) dengan skrin 5.5 inci dan berharga RM1099 manakala satu lagi model dengan skrin 5.2 inci, Asus ZenFone 4 Max 5.2 (ZC520KL) berharga RM799.

Reka Bentuk Logam Yang Lebih Ringkas

Asus Zenfone 4 Max Pro membawakan rekaan yang ringkas seperti mana model dari siri Asus Zenfone 4 yang lain. Untuk pasaran Malaysia, ia hadir denfan tiga pilihan warna iaitu hitam, pink dan emas.

Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia
Pandangan hadadapan dan belakang Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) 

Di bahagian hadapan terdapat skrin 5.5 inci dengam resolusi HD720p. Skrinya juga menggukanan lapisan kaca lengkung 2.5D untuk kelihatan lebih premium. Di depannya terdapat pengimbas cap jari, serta dua butang kapasitif untuk kembali serta butang multitasking.

Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia
Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) dengan rekaan logam premium bewarna emas.

Di bahagian bawahnya terdapat port microUSB untuk pengecasan serta speaker manakala di sisi terdapat butang kuasa, butang kawalan suara serta port 3.5mm audio jack di bahagian atas.

Prestasi Terbaik Untuk Kegunaan Harian

Dibahagian dalamnya, Asus Zenfone 4 Max Pro di padukan oleh cip Snapdragon 430 dengan kemampuan Octa-Core CPU dan Adreno 505 GPU. Pemprosesnya dimantapkan lagi dengan 3 GB RAM serta ruang memori sebesae 32 GB. Slot microSD juga disediakan yang boleh dimuat sehingga 256GB.

Ianya bukanlah sebuah cip yang berkuasa. Namun untuk penggunaan harian, pemproses ini cukup baik menjalankan tugasnya dengan lancar tanpa sebarang masalah terutamanya untuk fungsi multitasking. Prestasi untuk permainan juga sangat baik. Kami telah cuba beberapa permainan yang menggunakan keupayaan GPU yang tinggi seperti Asphalt 8 dan ianya masih lagi dapat bermain dengan baik dan lancar. Untuk spesifikasi penuh Asus Zenfone 4 Max Pro seperti di bawah.

Spesifikasi Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL)
Platform Android 7.0 (Nougat)
Pemproses Qualcomm MSM8937 Snapdragon 430 Octa-core Processor
Memori 32 GB Memori Dalaman dan 3 GB RAM
Paparan IPS LCD 5.5 inci, 720 x 1280 pixels (HD)
Kamera Utama
  • Dual 16 Megapixel (F2.0) + 16 Megapixel (120° Wide-Angle)
  • LED Flash
  • Phase Detection Auto-Focus
  • Perakam video 1080P
Kamera Depan
  • 16 Megapixel (F2.0)
Ciri-Ciri
  • Bateri 5000 mAh dengan teknologi pengecasan pantas
  • Di pasaran Malaysia dalam warna hitam, merah jambu dan emas.
  • Sambungan 4G LTE Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di bahagian hadapan
Harga Di Malaysia RM1099, Jualan Bermula 21 Ogos 2017
Kelebihan
  • Smartphone dengan pemproses berkuasa Qualcomm MSM8937 Snapdragon 430 untuk prestasi yang lebih baik.
  • Sistem kamera yang lebih baik dengan fungsi Dual-Kamera, PDAF serta berkebolehan menghasilkan bokeh seakan-akan kamera DSLR.
  • Bateri dengan kapasiti besar 5000 mAh dengan mod Power Bank yang boleh membuat pengecasan berbalik kepada peranti lain.
  • Sokongan pengecasan pantas menggunakan power adapter 10W (5V/2A)
Kekurangan
  • Masih menggunakan skrin resolusi HD720p berbanding resolusi HD1080P seperti kebanyakan peranti lain.
  • kerangka logam yang agak berat, namun masih selesa digengam.
Dapatkan Smartphone Asus Zenfone 4 Max Pro Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Asus Zenfone 4 Max Pro menggunakan Android 7.1.1 Nougat dengan ZenUI. Memandangkan ia merupakan model baru, berkemungkinan besar peranti ini akan mendapat kemaskini Android 8.0 Oreo pada masa akan datang. ZenUI membawakan pengubahsuaian minima berbanding Android Tulen untuk antaramuka yang lebih kemas. Terdapat beberapa aplikasi eksklusif Asus di bawah ZenUI termasuk Selfie Master, Power Master, BeautyLive, File Manager, Weather dan sebagainya.

Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia
ZenUI membawakan antaramuka yang lebih kemas dan mudah.

Menariknya peranti ini ialah kebolehan membuat pengecasan berbalik kepada peranti ini. Baterinya cukup besariaitu 5000 mAh yang mampu bertahan sehingga 46 hari waktu sedia dan sehingga 22 jam masa mainan video. Ia juga menyokong pengecasan pantas melalui pengecas 10W (5V/2A).

Dual Kamera Dengan Kesan Bokeh Seperti DSLR

Kamera merupakan salah satu fungsi penting pada smartphone. Namun dengan reka bentuk smartphone yang nipis dan kompak sudah tentu ia terbatas untuk meletakan sensor kamera yang besar dengan bukaan Aperture yang luas. Oleh sebab itulah kamera dengan Dual-Sensor dihasilkan untuk smartphone.

Seperti Asus Zenfone 4 Max Pro yang juga menggunakan dual-sensor kamera di bahagian belakangnya. Sensor utama dengan 16 Megapixel (Apeture F2.0) untuk mengambil gambar dengan jelas, sensor ke-2 juga dengan 16 Megapixel untuk mengambil gambar sudut lebar 120-darjah. Penggunaan dual-kamera juga dapat menghasilkan gambar portrait dengan kesan bokeh seperti DSLR.

Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia
Kamera pada Asus Zenfone 4 Max Pro dengan pelbagai Mode dan Filter

Asus Zenfone 4 Max Pro juga membawakan beberapa fungsi menarik untuk fotografi seperti Pro Mode yang membenarkan anda menetapkan aturan sendiri seperti ISO, White Balance, Manual Focus dan sebagainya. Antara mod-mod fotografi lain yang terdapat pada fungsi ini termasuk Super Resolution, Panorama, GIF Animation, Time Lapse dan Beauty. Antara beberapa contoh gambar yang diambil dari Asus Zenfone 4 Max Pro seperti di bawah.

Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia
Contoh Gambar Portrait Indoor Dan Outdoor. Walaupun menggunakan kamera tunggal di hadapan ia mampu menghasilkan kesan bokeh yang menarik.
Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia
Gambar jarak dekat atau Close-Up serta Panorama juga sangat menarik.
Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia
Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia
Antara contoh gambar lain dari kamera Asus Zenfone 4 Max Pro.

Bagi yang gemar mengambil gambar selfie, peranti ini turut menyediakan 16 Megapixel (F2.0) beserta LED Flash di depan untuk gambar selfie yang lebih cerah. Walaupun menggunakan kamera tunggal di depan, peranti ini boleh menghasilkan gambar portrait dengan kesan bokeh yang baik.

Harga Asus Zenfone 4 Max Pro Di Malaysia

Asus Zenfone 4 Max Pro telah berada di pasaran Malaysia sejak 22 Ogos 2017 lagi dengan harga rasmi RM1099. Ia boleh didapati dari pengedar rasmi Asus Malaysia dan juga Lazada Malaysia. Untuk setiap pembelian akan menerima set lengkap termasuk Earphone, USB On-The-Go, Protective Case dan sebagainya.

Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL) Malaysia
Unboxing Asus Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL)

Akhir sekali, Asus ZenFone 4 Max Pro merupakan salah satu model terbaik dan berbaloi dimiliki dengan harga yang berpatutan. Ia amat sesuai untuk kegunaan harian dengan jangka hayat bateri yang lebih tahan lama serta fungsi dual kamera dengan kesan bokeh seperti kamera professional.