Lenovo K8 Note Malaysia

Sudah sekian lama kita tidak mendengar smartphone berjenama Lenovo hadir ke pasaran tempatan. Mereka dilihat lebih mengfokuskan jenama Motorola untuk pasaran smartphone. Terbaru, Lenovo Malaysia baru sahaja mengumumkan model baru Lenovo K8 Note untuk pasaran tempatan. Ia dijual dengan harga RM1299.

Peranti ini amat sesuai untuk yang gemarkan menonton movie dan video memandangkan ia dilengkapi dengan sokongan Dolby Atmos dengan bunyi yang lebih realistik. Tambahan lagi ia dilengkapi dengan skrin besar bersaiz 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080p sudah tentu membawakan pengalaman menonton yang lebih baik pada skrin yang besar.

Untuk model baru ini, ia hadir dengan dua pilihan warna hitam dan emas. Namun bedasarkan kedai rasmi Lenovo di Lazada Malaysia, hanya model berwarna hitam sahaja di tawarkan untuk pasaran tempatan.

Spesifikasi Lenovo K8 Note

Di bahagian dalamnya, Lenovo K8 Note hadir dengan cip pemproses Helio X23 iaitu pemproses kelas atasan dari Mediatek dengan CPU Deca-Core 2.3 Ghz. Ia turut dimuatkan dengan 64 GB Memori terbina dengan 4 GB RAM. Ia juga menyokong slot tambhan microSD yang boleh dimuatkan sehingga 256GB.

Harga Lenovo K8 Note Malaysia

Untuk kamera, Lenovo K8 Note menawarkan dual kamera di bahagian belakang dengan lensa 13 Megapixel dengan sensor PureCel Plus beserta 5 Megapixel sensor yang digunakan untuk mengambil maklumat kedalaman. Hasilnya ia boleh mengambil gambar bokeh seolah-olah diambil menggunakan kamera DSLR.

Untuk kamera hadapan pula, peranti ini juga membawakan sensor 13 Megapixel dengan mod beautification untuk hasilkan gambar selfie yang lebih sempurna. Flash hadapan juga disediakan untuk gambar selfie yang lebih cerah. Untuk spesifikasi Lenovo K8 Note yang lebih terperinci seperti di bawah.

Spesifikasi Lenovo K8 Note
Platform Android 7.1.1 (Nougat), Dijangka akan dikemaskini ke Android 8.0 (Oreo)
Pemproses Mediatek Helio X23,  Deca-core 2.3 GHz
Memori 64 GB Memori Dalaman dan 4 GB RAM
Paparan IPS LCD 5.5 inci, 1080 x 1920 pixels (FHD)
Kamera Utama
  • Dual 13 Megapixel + 5 Megapixel (F1.7)
  • Dual-LED dual-tone Flash
  • Phase Detection Auto-Focus
  • Perakam video [email protected]
Kamera Depan 13 Megapixel (F2.0)
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Po 4000 mAh dengan teknologi pengecasan pantas (Turbo Charge)
  • Di pasaran Malaysia dalam warna hitam.
  • Sambungan 4G LTE-A Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di bahagian hadapan
  • Kalis percikan air (IP54)
Harga Di Malaysia RM1299, Jualan Bermula 12 Disember 2017
Model Pesaing Oppo F5 (RM1298), vivo V7 (RM1299), Huawei Nova 2i (RM1299), Xiaomi Mi A1 (RM999)
Kelebihan
  • Smartphone dengan pemproses berkuasa Mediatek Helio X23, Deca-core 2.3 GHz untuk prestasi yang lebih baik.
  • Jumlah RAM yang tinggi meningkatkan kepantasan dan fungsi multi-tasking yang lebih efektif.
  • Hadir dengan rangkaian LTE-Advanced Cat6 dengan capaian internet pantas sehingga 300 Mbps untuk muat turun.
  • Rekaan premium dengan kerangka aluminium berkualiti bewarna hitam serta rekaan kalis percikan.
  • Sistem kamera yang lebih baik dengan fungsi Dual-Kamera, PDAF serta berkebolehan menghasilkan bokeh seakan-akan kamera DSLR.
  • Pmbesar suara dengan teknologi Dolby Atmos untuk bunyi yang lebih realistik dari semua arah.
  • Penggunaan Android tulen untuk kemaskini platform dan keselamatan yang lebih pantas.
  • Bateri dengan kapasiti besar 4000 mAh serta sokongan pengecasan pantas 4000mAh melalui 15W pengecas.
Kekurangan
  • Bateri Yang Tidak Boleh Ditukar.
  • Tidak menggunakan skrin dengan nisbah 18:9
Dapatkan Smartphone Lenovo K8 Note Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Lenovo K8 Note bukanlah salah satu peranti AndroidOne, namun didalamnya menggunakan Android tulen versi 7.1.1 Nougat yang lebih lancar. Lenovo juga memberi jaminan bahawa Lenovo K8 Note akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo pada masa akan datang.

Harga Lenovo K8 Note Di Malaysia

Lenovo K8 Note kini telah pun berada di pasaran tempatan bermula 12 Disember 2017. Ia boleh didapati dari pengedar rasmi Lenovo melalui Lazada Malaysia dengan harga rasmi RM1299.