Asus Zenfone Max Plus M1

Penggunaan skrin FulView telah menjadi fenomena sejak awal tahun 2017 lagi untuk telefon pintar. Ia menawarkan skrin nisbah 18:9 berbanding 16:9 yang digunakan pada sebelum ini. Skrin nisbah 18:9 memberikan paparan yang lebih memanjang disamping kelebaran yang lebih minima untuk keselesaan ketika di pegang.

Asus Malaysia baru sahaja melancarkan sebuah peranti dengan skrin FullView iaitu Asus Zenfone Max Plus (M1) (ZB5570TL). Ianya merupakan peranti dengan skrin FullView yang pertama dari Asus dengan harga jualan RM899 di Malaysia. Kami telah menerima satu unit Asus Zenfone Max Plus (M1) dari Asus dengan warna Deepsea Black. Jadi, ini adalah artikel ringkas mengenai pengalaman pertama mencuba peranti tersebut.

Reka Bentuk Asus Zenfone Max Plus (M1)

Asus Zenfone Max Plus M1 MalaysiaRekaan Asus Zenfone Max Plus (M1) tidak jauh bezanya dengan siri Zenfone 4 yang lain. Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Deapsea Black, Sunlight Gold dan Azure Silver. Apabila dipegang ianya sangat selesa di gengam dengan lebarnya yang lebih kecil. Namun ianya agak licin oleh kerana rekaan nipis, ringan serta badan luar yang diperbuat daripada logam. Namun dengan penggunaan Clear Soft Bumper Case yang dibekalkan di dalam kotak sangat membantu berikan lebih cekaman ketika di pegang. Malah ia boleh jadi perlindung sekiranya peranti jatuh di tempat yang tinggi.

Di depannya, telefon pintar ini menawarkan skrin FullView sebesar 5.7 inci dengan resolusi HD 1440 X 720 pixel.  Menariknya, peranti ini menyokong Dual-SIM dengan slot microSD yang tersendiri. Maksudnya, slot SIM dan microSD tidak berkongsi seperti kebanyakan peranti yang lain. Ia juga menawarkan pengimbas cap jari di bahagian belakang, butang kawalan suara dan On/Off di sisi kanan, port microUSB dan Speaker di bawah serta port audio di bahagia atasnya.

Spesifikasi Dan Kamera Asus Zenfone Max Plus (M1)

Di bahagian dalam, peranti ini membawakan pemposes Mediatek MT6750T dengan CPU Octa-Core 1.5 Ghz dan Mali T860 GPU. Untuk pasaran Malaysia, peranti ini ditawarkan dengan 4 GB RAM dan 32 GB memori terbina.

Ia juga menawarkan kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 4130 mAh dengan fungsi 2X jangka hayat melalui aplikasi PowerMaster dan juga fungsi pengecasan berbalik. Menurut Asus, Bateri Asus Zenfone Max Plus (M1) mampu bertahan sehingga 26 hari waktu sedia, sehingga 26 jam waktu berbual serta sehingga 13 jam waktu mainan video.

Harga Asus Zenfone Max Plus M1 Malaysia Harga Asus Zenfone Max Plus M1 Malaysia Harga Asus Zenfone Max Plus M1 Malaysia
Rekaan Asus Zenfone Max Plus (M1) Dengan Badan Logam Yang Premium

Seperti siri Zenfone 4 yang lain, model baru ini juga membawakan susunan dual-kamera di bahagian belakangnya dengsn sensor 16 Megapixel (F2.0, PDAF) dan 8 Megapixel dengan sudut lebar 120 darjah. Kamera selfienya turut menawarkan lensa 16 Megapixel (F2.0). Kamera utama dan selfie menawarkan pelbagai mod menarik termasuk mod Auto, Pro, Beauty, Super Resolution, Panorama, GIF Animation dan Time Lapse.

Selain untuk kegunaan fotografi, Asus turut membawakan teknologi Face Unlock dengan kepantasan membuka peranti sepantas 0.3 saat. Ianya salah satu pilihan yang lebih mudah berbanding pengimbas cap jari untuk membuka peranti dengan hanya memandang pada kamera hadapan sahaja.

Unboxing Asus Zenfone Max Plus (M1) Dan Penutup

Asus Zenfone Max Plus (M1) telah berada di pasaran Malaysia sejak 20 December 2017 lagi dengan harga rasmi RM899. Ia boleh didapati dari pengedar rasmi Asus Malaysia dan juga Lazada Malaysia. Setiap pembelian Asus Zenfone Max Plus (M1) akan menerima pakej lengkap termasuk Earphone, Clear Soft Bumper, USB On-The-Go untuk pengecasan berbalik, Pengecas dan USB Cable.

Unboxing Asus Zenfone Max Plus M1 Malaysia Unboxing Asus Zenfone Max Plus M1 Malaysia
Apa Yang Terdapat Di Dalam Kotak Asus Zenfone Max Plus (M1) 

Kesimpulannya, Asus Zenfone Max Plus (M1) merupakan salah satu model yang menawarkan pakej lengkap untuk kegunaan harian. Ia juga antara peranti dengan harga terendah di pasaran Malaysia yang menggunakan skrin 18:9 FullView. Malah ia juga menawarkan fungsi dual-kamera dengan kebolehan mod portrait serta bateri yang lebih tahan lama berbanding peranti lain.

Nantikan Ulasan lengkap Asus Zenfone Max Plus (M1) dari kami termasuk prestasi peranti dan kualiti kamera pada minggu hadapan.