Tirai tahun 2018 baru saja dibuka dan Sony nampaknya sudah bersedia untuk memperkenalkan beberapa model smartphone untuk pasaran 2018. Tiga model yang dijangka Sony Xperia XA2, Xperia XA2 Ultra dan Xperia L2 telah tertiris di internet beserta gambar dan spesifikasi penuh. Ia dijangka akan dilancarkan di CES 2018 atau MWC 2018 yang akan berlangsung pada Febuari depan.

Bedasarkan gambar yang tertiris, Sony dilihat masih lagi belum menggunakan susunan dwi-kamera di bahagian belakang. Cuma untuk Sony Xperia XA2 Ultra yang hadir dengan dual-kamera di bahagian hadapan untuk Selfie. Sony juga masih lagi menggunakan skrin nisbah 16:9 berbanding 18:9 yang kini telah banyak digunakan pada smartphone baru.

Sony Xperia XA2

Sony Xperia XA2 Sony Xperia XA2
Sony Xperia XA2

Sony Xperia XA2 bakal hadir dengan skrin bersaiz 5.2 inci dengan resolusi HD 1080p. Ia akan dipadankan dengan cip Snapdragon 630, 3 GB RAM serta 32 GB memori terbina. Untuk kamera, peranti ini membawakan sensor 21 Megapixel di bahagian belakang dengan kemampuan merakam video 4K. Kamera selfie pula menggunakan sensor 7 Megapixel.

Sony Xperia XA2 Ultra

Sony Xperia XA2 Ultra Sony Xperia XA2 Ultra
Sony Xperia XA2 Ultra

Sony Xperia  XA2 Ultra juga menggunakan pemproses Snapdragon 630 namun dengan memori yang lebih besar iaitu 64GB dan 4 GB RAM. Peranti ini juga menawarkan skrin lebih besar iaitu 6.0 inci dengan resolusi HD 1080p. Phablet bersaiz besar ini menawarkan dual 15 Megapixel kamera selfie bagi mengambil gambar portraits yang lebih sempurna.

Sony Xperia L2

Sony Xperia L2 Sony Xperia L2
Sony Xperia L2

Sony Xperia L2 merupakan model mampu milik dengan skrin 5.2 inci dan resolusi HD 720p. Ia juga mungkin akan menggunakan cip Snapdragon 630 seperti dua model di atas. Malangnya, peranti ini masih lagi menggunakan Android Nougat berbanding  Sony Xperia  XA2 Ultra dan Sony Xperia  XA2 yang menggunakan Android Oreo.