[AdsLink]Sempena tahun baru 2018 banyak pengeluar telefon pintar tempatan mengadakan promosi khas untuk smartphone. Antaranya seperti Xiaomi yang menawarkan Xiaomi Redmi 5A pada harga promosi RM339 semalam. Hari ini Asus pula membuat kejutan dengan menawarkan Asus Zenfone 4 Max dengan harga promosi RM699.
Asus Zenfone 4 Max dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada bulan Oktober 2017 yang lalu dengan harga rasmi RM799. Kini ianya ditawarkan RM100 lebih murah yang boleh didapati dari Lazada Malaysia.
Mengenai spesifikasi Asus Zenfone 4 Max, ia merupakan peranti yang hadir dengan skrin 5.2 inci HD 720p. Ia juga dimuatkan dengan pemproses Qualcomm MSM8917 Snapdragon 425, 32 GB memori terbina serta 3 GB RAM. Untuk kamera, peranti ini membawakan susunan dwi-kamera di bahagian belakang dengan sensor 13 dan 5 Megapixel. Untuk selfie pula, ia menyediakan lensa 8 Megapixel dengan LED Flash di bahagian hadapan untuk gambar selfie yang lebih jelas.
Telefon pintar ini membawakan kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 4100mAh dengan waktu sedia sehingga 46 hari lamanya. Baterinya turut menyokong pengecasan pantas serta fungsi pengecasan berbalik yang bertindak seperti sebuah PowerBank.
Bagi yang berminat untuk dapatkan Asus Zenfone 4 Max dengan harga promosi RM699, boleh dapatkannya melalui Lazada Malaysia.