Sebelum ini Sony telah melancarkan tiga model kelas pertengahan di CES 2018 yang berlansung di Las Vegas. Peranti-peranti tersebut ialah Sony Xperia XA2, Sony Xperia XA2 Ultra dan Sony Xperia L2 yang lebih mengfokuskan pada fotografi Selfie. Di Malaysia, ketiga-tiga peranti tersebut telah diperkenalkan dan akan memasuki pasaran bermula 9 Febuari ini. Untuk model Xperia L2 akan dijual dengan harga RM999 manakala Sony Xperia XA2 dan XA2 Ultra masing-masing berharga RM1299 dan RM1999.

Sony Xperia L2

Harga Sony Xperia L2 Malaysia

Sony Xperia L2 akan hadir dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan merah jambu dengan rekaan poly-carbonate yang dilapisi dengan lapisan metalik untuk kelihatan seperti logam yang lebih bergaya. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 5.5 inci pada resolusi HD 720P.

Pemprosesnya menggunakan cip Mediatek MT6737T dengan kemampuan CPU Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 dan GPU Mali-T720MP2. Memori dan RAM pula dimuatkan dengan 32GB dan 3 GB RAM. Peranti ini juga menyokong slot tambahan microSD sehingga 256GB.

Untuk kamera, ia masih lagi mengekalkan susunan kamera tunggal di depan dan belakang dimana kamera utama hadir dengan 13 Megapixel (F2.0) dan kamera selfie 8 Megapixel (F2.4). Sony Xperia L2 juga membawakan platform Android 7.1.1 Nougat diluar kotak dan buat masa ini tiada maklumat mengenai kemaskini Android 8.0 Oreo untuk peranti ini.

Sony Xperia XA2 Dan XA2 Ultra

Harga Sony Xperia XA2 Malaysia

Untuk spesifikasi Sony Xperia XA2 dan XA2 Ultra, kedua-dua model ini membawa persamaan dari segi reka bentuk dan juga sebahagian spesifikasinya. Perbezaan ketara hanyalah pada saiz, RAM dan bateri dimana Xperia XA2 hadir dengan skrin 5.2 inci, 3GB RAM serta bateri berkapasiti Li-Ion 3300 mAh. Manakala untuk XA2 Ultra hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 6.0 inci, 4 GB RAM dan juga bateri dengan kapasiti Li-Ion 3580 mAh.

Didalamnya, Kedua-dua telefon pintar ini menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 630 dengan Adreno 510 GPU serta 32GB memori dalaman. Untuk XA2 Ultra terdapat juga pilihan dengan 64GB memori.

Kamera yng digunakan ialah jenis resolusi tinggi 23 Megapixel (F2.0) di bahagian belakang lengkap dengan fungsi phase detection autofocus, kebolehan merakam video 4K serta sensor yang bersaiz 1/2.3-inci. Kamera selfie pula dilengkapkan dengan dual-kamera dengan sensor 16 Megapixe (F2.0) dan 8 Megapixel (F2.4) yang hadir dengan sokongan penstabilan imej OIS.

Kedua-dua peranti ini telah tersedia dijalankan dengan platform Android 8.0 Oreo diluar kotak dengan pengubahan antaramuka minima dari Sony. Ia juga memiliki port USB Type-C untuk pengecasan yang turut menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0.