Nokia 6 2018

Nokia dijangka akan mengumumkan Nokia 6 versi 2018 pada 5 Januari ini. Peranti pertengahan itu telah mendapat pensijilan melalui agensi kawal selia China, TENAA sebelum ini.

Hari ini, pengedar terbesar Nokia di China, Suning, telah mengeluarkan poster yang menunujujan Nokia 6 akan diumumkan dalam tempoh tiga hari lagi iaitu pada 5 Januari Ini.

Nokia 6 dijangka hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dan resolusi Full HD 1080p. Ianya masih lagi mengekalkan nisbah skrin yang lama iaitu 16:9. Di bahagian dalam peranti ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon dari siri 600 sama ada 630 atau 660. Kamera utama dengan sensor 16 Megapixel, 4 GB RAM, pilihan memori 32 dan 64 GB serta bateri 3000 mAh.

Nokia 6 versi 2018 dijangka akan diumumkan pada 5 Januari ini untuk pasaran China manakala versi Global dijangka akan diumumkan pada MWC 2018 pada bulan Febuari depan.

Smartphone versi baru ini akan bawakan perubahan minor berbanding model 2017 terutama pada prestasinya yang akan hadir dengan cip yang lebih berkuasa. Di Malaysia, Nokia 6 versi 2017 dijual dengan harga RM999 dan tiada maklumat harga untuk Nokia 6 (2018) buat masa ini.