Nokia 7 Plus

Sebelum ini HMD Global telah mengumumkan Nokia 7 yang hadir dengan skrin 5.2 inci, 16 MP kamera dan cip Snapdragon 630. Peranti tersebut masih lagi belum diumumkan untuk pasaran Malaysia tetapi Nokia dijangka akan memperkenalkan variasi kepada model tersebut iaitu Nokia 7 Plus.

Nokia 7 Plus pertama kali muncul melalui laman penanda aras, GeekBench. Melalui website tersebut, Nokia 7 Plus hadir dengan CPU lebih berkuasa iaitu dengan cip Snapdragon 660 Octa-Core 1.8 Ghz serta 4 GB RAM.

Peranti baru ini juga dilihat telah tersedia dipasang dengan Android 8.0 Oreo. Untuk maklumat spesifikasi yang lain masih lagi menjadi tanda tanya. Bedasarakan laman GeekBench juga, Nokia 7 Plus mendapat skor sebanyak 1636 untuk kebolehan Single-Core dan skor sebanyak 5902 untuk kebolehan Multi-Core.

Nokia 7 Plus berkemungkinan besar akan diumumkan secara rasmi di Mobile World Congress 2018 pada penghujung Febuari ini.