Harga Oppo R9s Malaysia 2018

Oppo R9s mula memasuki pasaran Malaysia pada Januari tahun lalu dengan harga rasmi RM1798. Kini setahun telah berlalu dan Oppo telah mengemas kini harga untuk peranti tersebut. Oppo R9s kini mendapat potongan harga kepada RM1398 berbanding harga sebelum ini iaitu RM1598.

Sedikit mengenai spesifikasi Oppo R9s yang merupakan peranti bersaiz 5.5 inci dengan skrin AMOLED dan resolusi HD Penuh 1080p. Ianya dikuasai oleh pemproses pertengahan Snapdragon 625, 64GB memori terbina dan 4 GB RAM.

Peranti ini membawakan kamera 16 Megapixel untuk kedua-dua bahagian depan dan belakang dengan bukaan Aperture F1.7 dan F2.0. Baterinya hadir dengan kapasiti Li-Po 3010 mAh dengan sokongan pengecasan pantas, VOOC Flash Charge.

Bagi yang masih berminat untuk dapatkan Oppo R9s dengan pilihan warna Pink dan Emas boleh dapatkannya di Lazada Malaysia dengan harga rasmi RM1398.