Harga Oppo A83 Malaysia

Oppo Malaysia menambah satu lagi model smartphone dengan skrin FullView untuk pasaran tempatan. Model tersebut ialah Oppo A83 yang dijual dengan Harga RM999.

Seperti kebanyakan peranti Oppo yang lain, Oppo A83 juga mengfokuskan pada kamera Selfie namun kini dengan skrinn FullView yang lebih besar. Oppo juga mengfokuskan pada remaja dan belia yang inginkan smartphone multimedia pada harga lebih rendah.

Skrin, Pemproses Dan Memori

  • Skrin FullView 5.7-Inci dengan resolusi HD+ 1440 x 720 pixel.
  • Cip MediTek MT673T dengan CPU Octa-Core 2.5 Ghz
  • 32 GB Memori, 3 GB RAM dan 3180 mAh bateri.

Oppo A83 memiliki reka bentuk seumpama Oppo F5 yang hadir dalam warna hitam dan emas sahaja. Skrinnya bersaiz 5.7 inci dengan nisbah 18:9 dan resolusi HD+ 1440 x 720 pixel.

Di bahagian dalamnya, Oppo A83 menawrkan cip MediTek MT673T dengan kemampuan CPU Octa-Core 2.5 Ghz. Ia juga turut hadir dengan gabungan 3 GB RAM dan 32 GB memori terbina. Smartphone mampu milik ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 3180 mAh, sokongan Hybrid-SIM dengan rangkaian LTE.

Harga Oppo A83 Malaysia

Namun tiada pengimbas cap jari untuk peranti ini tetapi ia digantikan dengan teknologi Facial Unlock untuk membuka kunci.

Kamera Utama Dan Selfie

  • Kamera utama 13 Megapixel (F2.2), Autofokus, LED flash
  • Kamera Selfie 8 Megapixel (F2.2), teknologi Beauty AI

Bagi yang gemar berselfie, peranti ini menyediakan 8 Megapixel kamera selfie dengan teknologi Beauty AI yang mampu mengenal pasti maklumat wajah seperti usia, tona dan jenis kulit untuk hasilkan gambar portait yang lebih cantik dan semula jadi.

Untuk kamera utama pula, peranti ini bawakan kamera 13 Megapixel F2.2 dengan Autofokus, LED Flash dan perakam video HD1080p.

Oppo A83 kini telah pun berada di pasaran bermula 21 Januari 2018. Harga Oppo A83 di Malaysia bermula RM999 yang boleh didapati dari pengedar rasmi Oppo Malaysia atau kedai atas talian seperti Lazada Malaysia.