Xiaomi telah terkenal dengan smartphone dengan harga yang murah. Tidak kiralah untuk model perdana, pertengahan atau model mampu milik, Smartphone keluaranya hadir dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding pesaingnya disamping mengekalkan spesifikasi yang terbaik.

Untuk pengguna yang inginkan smartphone di bawah RM400, Xiaomi Malaysia baru sahaja melancarkan promosi khas untuk Xiaomi Redmi 5A yang kini berharga RM339. Harga asal adalah RM399. Promosi ini hanya sah pada hari ini sahaja, 3 Januari 2018 yang boleh dibeli melalui Lazada Malaysia.

Sedikit mengenai spesifikasi Redmi 5A yang merupakan model mampu milik dengan skrin 5.0 inci pada resolusi HD 720p, cip  Snapdragon 425, 16 GB memori dalaman serta 2GB RAM. Peranti ini jugamenyediakan kamera utama 13 Megapixel serta kamera selfie 5 Megapixel.

Xiaomi Redmi 5A boleh didapati dalam  tiga pilihan warna termasuk Rose Gold, Gold dan Gray dengan harga promosi RM339. Bagi yang berminat boleh dapatkan Xiaomi Redmi 5A dengan harga promosi di Lazada Malaysia pada hari ini.