Sony Xperia L2 Malaysia

Selain Sony Xperia XA2 dan XA2 Ultra, Sony turut memperkenalkan satu lagi model smartphone yang akan mengfokuskan pada peranti mampu milik. Sony Xperia L2 membawakan rekaan Sony yang lebih terkini disamping spesifikasi yang telah ditambah baik berbanding Xperia L1 yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Xperia L2 akan hadir dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan merah jambu dengan rekaan poly-carbonate yang dilapisi dengan lapisan metalik untuk kelihatan seperti logam yang lebih bergaya. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 5.5 inci pada resolusi HD 720P.

Pemprosesnya masih lagi menggunakan model sama seperti Xperia L1 dengan cip Mediatek MT6737T dengan kemampuan CPU Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 dan GPU Mali-T720MP2. Memori dan RAM pula ditingkatkan kepada 32GB dan 3 GB RAM. Peranti ini juga menyokong slot tambahan microSD sehingga 256GB.

Sony Xperia L2 Malaysia Sony Xperia L2 Malaysia Sony Xperia L2 Malaysia
Sony Xperia L2 Hadir Dalam Warna Hitam , Emas Dan Merah Jambu

Untuk kamera, ia masih lagi mengekalkan susunan kamera tunggal di depan dan belakang dimana kamera utama hadir dengan 13 Megapixel (F2.0) dan kamera selfie 8 Megapixel (F2.4). Sony Xperia L2 membawakan platform Android 7.1.1 Nougat diluar kotak dan buat masa ini tiada maklumat mengenai kemaskini Android 8.0 Oreo untuk peranti ini.

Sony Xperia L2 akan mula dipasaran bermula bulan Febuari ini di USA. Untuk pasaran Malaysia masih lagi belum diketahui. Model terdahulu, Xperia L1 dijual pada harga RM799 di Malaysia dan untuk model baru ini dijangka akan dijual pada harga yang sama.