tonton Liga Super, Piala Malaysia, Liga Perdana, Piala FA online di iflix

Berita baik untuk peminat bola sepak tempatan yang kini anda berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung melalui iFlix bermula 3 Febuari ini.

Menurut Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam, ini merupakan kerjasama antara FMLLP dan iFlix bagi membolehkan peminat tanah air menonton perlawanan bola sepak secara langsung bagi kesemua perlawanan Piala Malaysia dan Liga Super serta perlawanan terpilih dari Liga Perdana dan Piala FA.

iFlix akan menawarkan saluran khas dengan nama “Football Malaysia on iFlix” yang akan memberikan akses kepada lebih 20 juta pengguna telefon pintar.

Melalui kerjasama ini juga, iFlix telah memperuntukan sebanyak RM300 juta bagi tempoh 10 tahun untuk membawakan perlawanan langsung tersebut ke aplikasi mereka.

Tags