Xiaomi Mi Box 4 / 4C Malaysia

Xiaomi telah melancarkan genersi baru kepada Android TV Box miliknya. Terdapat dua variasi yang diperkenalkan iaitu Xiaomi Mi Box 4 dan Mi Box 4C.

Berbanding generasi sebelum ini, model baru ini tidak banyak penambahbaikan. Ianya masih lagi menggunakan sistem operasi Android 6.0 dengan rekaan yang hampir sama serta memori yang juga masih lagi 2GB RAM dan 8GB memori terbina.

Di bahagia dalamnya, peranti ini hadir dengan pemproses serba baru iaitu dengan cip Amlogic S905L, Quad-Core 2.0 Ghz Cortex-A53 CPU serta Mali-450 GPU. Xiaomi juga turut mendakwa peranti ini berkebolehan untuk permainan Android yang lancar.

Xiaomi Mi Box 4 / 4C Malaysia

Xiaomi Mi Box 4 juga menyokong 4K Video pada 60 fps untuk file HEVC/h.256 serta sokongan HDR10. Untuk audio yang lebih berkialiti, peranti ini bawakan teknologi DTS dan Dolby Digital Plus dengan sambungan port HDMI.

Beza antara Xiaomi Mi Box 4 dan Mi Box 4C ialah Mi Box 4 hadir dengan dengan 2 GB RAM dan sambungan Bluetooth 4.1 LE manakala model Mi Box 4C hadir dengan 1 GB RAM dan sambungan infraRed untuk alat kawalan jauh.

Kedua-dua peranti ini akan mula dijual di China bermula 1 Febuari ini dengan harga CNY 350 (Sekitar RM250) untuk model Mi Box 4 dan CNY 250 (Sekitar RM160) untuk model Mi Box 4C. Buat masa ini tiada maklumat untuk harga serta tarikh pelancaran di Malaysia.