Plan Yoodo Malaysia

Baru-baru ini TM telah memperkenalkan plan telekumunikasi digital khas untuk smartphone iaitu Unifi Mobile. Ianya bukanlah perkara baru memandangkan syarikat-syarikat telko seperti Digi dan Maxis turut menawarkan plan digital yang sama melalui Tapp dan Ookyo.

Kini plan digital Yoodo pula hadir yang telah beroperasi dibawah rangkaian Celcom. Kaedahnya agak sama dengan Tapp dan Ookyoo dimana kesemuanya perlu dilakukan secara Online melalui aplikasi khas termasuk membeli data dan sebagainya.

Dengan Yoodo anda boleh menetapkan plan anda sendiri mengikut penggunaan dan bajet anda. Ia menawarkan pilihan data dari 2GB sehingga 100GB, masa panggilan dari 50 sehingga 2000 minit dan SMS dari 50 sehingga 2000 dengan tempoh penggunaan selama sebulan. Ianya merupakan plan tanpa kontrak yang boleh ditamatkan pada bila-bila masa sahaja.

Yoodo juga menawarkan pilihan data tambahan sebanyak 5GB untuk Facebook berharga RM10/Bulan, 5GB untuk instagram berharga RM10/Bulan dan 10 GB untuk YouTube berharga RM20.

Plan Yoodo Malaysia Plan Yoodo Malaysia Plan Yoodo Malaysia
Yoodo Menawarkan Pilihan Plan Mengikut Penggunaan Bulanan Anda

Bagi yang beeminat untuk dapatkan kad SIM Yoodo anda boleh dapatkanya melalui aplikasi Yoodo yang boleh dimuat turun dari Google Play dan AppStore. Anda kemudiannya boleh mendaftar serta tetapkan jumlah data, jumlah masa panggilan dan jumlah SMS yang diperlukan sebulan.

Seperti biasa, anda perlu juga menetapkan maklumat kad kredit atau kad debit dan jumlah langganan anda akan dipotong setiap bulan secara automatik. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Yoodo.