Asus Zenfone 5 Lite

Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum berlansungnya pelancaran siri baru ZenFone 5 yang akan diadakan pada 27 Febuari ini di MWC 2018. Asus dijangka akan memperkenalkan beberapa model siri ZenFone 5 yang akan mengfokuskan pada penggunaan yang berbeza. Salah satu model tersebut ialah Asus Zenfone 5 Lite yang telah tertiris di internet melalui akaun twitter @evleaks.

Melalui sumber, Asus ZenFone 5 Lite dikatakan akan menggunakann 4 kamera dimana dua kamera hadapan menggunakan sensor 20 megapixel manakala di bahagian belakang menggunakan dua sensor 16 Megapixel. Di bahgian hadapan, peranti ini akan menggunakan skrin FullHD+ 1080 x 2160 pixel bersaiz 6.0 inci.

Bedasarkan gambar yang tertiris, rekaanya sedikit berbeza beebanding siri ZenFone 4 sebelum ini. Kamera utamanya diletakan di tengah belakang dengan pengimbas cap jari di bawahnya. Untuk maklumat CPU, memori dan sebagainya masih lagi belum diketahui. Namun ia dijangka akan menggunakan cip dari Qualcomm.

Untuk maaklumat lanjut mengenai siri ZenFone 5, sama-sama kita nantikan pada acara pelancaran siri ZenFone 5 yang akan mengambil tempat pada 27 Febuari ini.