Rekaan Asus Zenfone 5

Sebelum ini Asus telah mengesahkan bahawa mereka akan bawakan siri baru ZenFone di MWC 2018 yang akan berlangsung pada penghujung Febuari ini. Namun sehingga kini spesifikasi lanjut mengenai siri Asus Zenfone 5 masih lagi belum diketahui.

Terbaru, beberapa gambar mengenai Asus Zenfone 5 telah tertiris di internet. Bedasarkan gambar tersebut kelihatan jelas peranti baru itu akan dilengkapi dengan dual kamera di belakang serta skrin FullView dengan nisbah 18:9 di hadapan.

Rekaannya seolah-olah model Asus Zenfone Max Plus (M1) yang telah dilancarkan pada hujung tahun lalu dengan harga RM899. Namun dengan bezel kiri dan kanan yang agak tebal. Rekaanya juga kelihatan peranti ini masih lagi mengekalkan port microUSB berbanding menggunakan USB Type-C.

Buat masa ini, masih lagi belum di ketahui model sama ada gambar yang tertiris ini dari model ZenFone 5 Max, ZenFone 5 Selfie atau sebagainya. Namun dari rekaannya dengan bezel yang tebal, berkemungkinan ia dari model peranti mampu milik.

Sumber : WinFutere.De