Gambar Samsung Galaxy S9 Dan S9+

Seperti yang telah kita tahu Samsung akan melancarkan dua model premium Samsung Galaxy S9 dan S9+ di Barcelona pada 25 Febuari ini. Menghampiri tarikh tersebut telah banyak maklumat mengenai kedua-dua peranti tersebut telah tertiris.

Terbaru gambar render keseluruhan model telah tertiris di internet dimana kedua-dua peranti tersebut hadir dalam pilihan warna Lilac Purple. Samsung juga dijangka akan bawakan warna Midnight Black, Titanium Gray dan Coral Blue untuk kedua-dua peranti eksklusif tersebut.

Bedasarkan gambar yang tertiris, Samsung Galaxy S9 akan dilengkapi dengan lensa tunggal manakala model S9+ dilengkapi aturan dual lensa di belakang dengan skrin yang lebih besar.

Gambar Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Gambar Samsung Galaxy S9 Dan S9+
Gambar Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Yang Tertiris

Samsung juga dikatakan akan bawakan pemproses berkuasa Snapdragon 845, kamera dengan bukaan aperture F1.5 dan RAM sehingga 6GB.

Mengenai harganya, Samsung dikatakan menaikan harga sebanyak USD100 atau bersamaan RM400 berbanding Samsung Galaxy S8. Jika di Malaysia, Samsung Galaxy S8 dijual dengan harga RM3299. Jadi, berkemungkinan harga Samsung Galaxy S9 akan berharga sekitar RM3699.