Xiaomi Redmi Note 5 Pro

Xiaomi dijangka akan mengumumkan peranti pertenghan mampu milik Xiaomi Redmi Note 5 dan Note 5 Pro keesokan hari di India. Spesifikasi kedua-dua model tersebut juga telah banyak yang tertiris di internet.

Terbaru, gambar peranti Redmi Note 5 Pro pula telah tertiris di internet yang memaparkan susunan kamera yang seakan-akan Apple iPhone X dengan dual kamera di penjuru belakang yang disusun secara menegak.

Bedasarkan maklumat yang tertiris sebelum ini, kamera tersebut akan bawakan sensor 12 Megapixel dengan aperture F2.2 dan sensor 5 Megapixel dengan aperture F2.0. Kamera selfie pula akan menggunakan sensor Sony IMX376 dengan resolusi 20 Megapixel.

Redmi Note 5 dan Note 5 Pro akan bawakan skrin 5.99 inci dengan resolusi FHD+ dan nisbah 18:9. Perbezaan ketara untuk spesifikasi kedua-dua peranti ini dimana model Pro menggunakan cip Snapdragon 636, memori dalaman sehingga 64 GB dan 4 GB RAM. Manakala Redmi Note 5 yang biasa dijagka hadir dengan cip Snapdragon 625 dengan mamori dan RAM maksima, 64GB dan 4GB RAM.

Buat masa ini, tiada maklumat harga yang didedahkan. Sama-sama kita nantikan pada esok hari untuk pelancaran rasmi Redmi Note 5 dan Redmi Note 5 Pro di India.