Harga Xiaomi Redmi 5 Plus Malaysia

Disember tahun lalu Xiaomi telah memperkenalkan dua model mampu milik dengan skrin 18:9 iaitu Xiaomi Redmi 5 dan Xiaomi Redmi 5 Plus. Kini, kedua-dua model tersebut sudah boleh di dapati di Malaysia dengan harga RM679 untuk model Redmi 5 dan RM749 untuk model Redmi 5 Plus.

Bedasarkan harganya, Xiaomi Redmi 5 merupakan smartpbone dengan skrin FullView termurah yang boleh didapati di pasaran sekarang ini. Kedua-dua model ini memiliki rekaan serta lensa yang sama. Namun spesifikasi di dalamnya sedikit berbeza.

Xiaomi Redmi 5

Harga Xiaomi Redmi 5 Plus Malaysia

Xiaomi Redmi 5 hadir dengan skrin bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD+ 720 x 1440 pixel. Ianya hadir dengan empat pilihan warna termasuk hitam, emas, biru muda serta ros emas.

Di bahagian dalamnya, peranti mampu milik ini menggunakan cip Snapdraagon 450, 3 GB RAM, 32 GB memori dalaman, 3300 mAh bateri serta pengimbas cap jari di bahagian belakang. Kamera hadapan menggunakan 5 Megapixel manakala kamera utama dimuatkan dengan 12 Megapixel dan bukaan aperture F2.2.

Xiaomi Redmi 5 Plus

Harga Xiaomi Redmi 5 Plus Malaysia

Bagi yang perlukan smartphone dengan skrin yang lebih besar dan berkuasa boleh memilih model Xiaomi Redmi 5 Plus. Ia menggunakan skrin 5.99 inci dengan resolusi FullHD+ 1080 x 2160 pixel dengan lensa kamera yang juga 5 Megapixel untuk selfie dan 12 Megapixel kamera utama.

Peranti ini dimuatkan dengan pemproses Snapdragon 625, 32 GB memori dalaman serta 3 GB RAM. Bateri yang digunakan lebih besar berbanding model Redmi 5 yang biasa dengan 4000 mAh. Smartphone dengan Android 7.1.2 Nougat ini juga hadir dengan sokongan Dual-SIM dan sambungan LTE dengan kelajuan muat turun sehingga 150Mbps.