Harga Wiko Sunny2 Plus Malaysia

Wiko Malaysia baru saja memperkenalkan ahli baru untuk keluarga Y-Range. Model tersebut ialah Wiko Sunny2 Plus yang kini boleh didapati dengan harga serendah RM249.

Wiko Sunny2 Plus lebih mengfokuskan pada remaja dengan pilihan warna yang menarik dan harga yang rendah. Di Malaysia, ia hadir dengan lima pilihan warna termasuk Black, Gold, Silver, bleen dan Lime.

Untuk spesifikasi, Wiko Sunny2 Plus hadir dengan skrin 5.0 inci dengan resolusi 480 x 854 pixel. Peranti ini juga dimuatkan dengan CPU Quad-Core 1.3 Ghz dengan cip GPU Mali-400MP. Peranti dengan sistem Android 7.0 Nougat terbina ini juga memiliki memori dalaman sebesar 8GB serta 1 GB RAM. Memorinya agak kecil, namun dengan sokongan slot microSD sudah tentu membolehkan lebih banyak data disimpan di peranti kecil ini.

Harga Wiko Sunny2 Plus MalaysiaKamera digunakan dengan resolusi yang agak rendah iaitu 5 Megapixel untuk kamera utama dan 2 Megapixel untuk kamera selfie. Smartphone berharga RM249 ini juga turut mebyokong mode FaceBeauty, HDR, Panorama, Wide Selfie dan Display Flash. Ia turut mampu merakam video HD 720p pada 30fps.

Peranfi ini juga menyediakan satu slot untuk MiniSIM dan satu lagi untuk MicroSIM. Malangnya ia tidak menyokong rangkaian LTE. Pengimbas cap jari juga tidak terdapat pada model ini.

Wiko Sunny2 Plus kini telah boleh didapati di Malaysia dengan harga RM249. Ia boleh didapati dari pengedar rasmi Wiko Malaysia dan juga melalui kedai atas talian seperti Lazada Malaysia.