Samsung Galaxy X

Samsung akan melancarkan smartphone perdana Samsung Galaxy S9 dan S9+ pada 25 Febuari ini. Bedasarkan sumber terbaru, kedua-dua peranti tersebut merupakan model terakhir dibawah siri Samsung Galaxy S. Ini kerana Samsung dijangka akan namakan Samsung Galaxy S10 kepada Galaxy X yang akan diumumkan pada tahun hadapan.

Sepertimana yang kita telah tahu “X” merupakan nombor roman yang merujuk kepada nombor 10. Model-model seterusnya mungkin akan dinamakan sebagai Galaxy X1, X2 dan sebagainya

Penukaran nama pada siri perdana tersebut mungkin ingin mengelakan nama yang agak janggal seperti S11 atau S15 atau sebagainya. Atau mungkin juga Samsung tertarik pada nama model baru iPhone X yang disebut sebagai iPhone “Ten” dan bukanya “X”.

Sebelum ini juga telah banyak desas-desus mengenai peranti boleh lipat dari Samsung. Menariknya peranti tersebut juga akan dinamakan sebagai Galaxy X. Jadi, mungkinkah smartphone perdana dari Samsung selepas ini merupakan peranti boleh lipat?. Kami pun tidak tahu. Namun bedasarkan senario tersebut berkemungkinan besar adalah benar.

Sumber : PhoneArena