Sony Xperia XZ2 Pro

Seperti biasa, Sony akan memperkenalkan siri baru smartphone keluarannya di acara Mobile World Congress yang diadakan setiap tahun. Pada tahun 2018 ini, Sony dijangka akan melancarkan model perdana iaitu Sony Xperia XZ2 Pro.

Sony Xperia XZ2 Pro merupakan model kesinambungan kepada Xperia XZ Premium yang dilancarkan pada tahun lalu. Ia dijangka menggunakan skrin 4K tanpa bezel dengan nisbah 18:9. Sekiranya maklumat ini benar, model ini merupakan yang pertama dari Sony yang menggunakan skrin FullView.

Sony Xperia XZ2 Pro dengan nama kod H8116 di AnTuTu Benchmark ini juga dijangka hadir dengan CPU berkuasa Snapdrahon 845, pilihan memori sehingga 128GB, 3420 mAh bateri, Sokongan Dual-SIM dan microSD serta akan bawakan ciri-ciri kalis air dan debu(IP68).

Untuk kamera, Sony Xperia XZ2 Pro dijangka bawakan kombinasi kamera belakang dengan 18 Megapixel dan 12 Megapixel. Ia juga akan mula memasuki pasaran pada bulan June ini dengan harga sekitar USD950 atau sekitar RM3799.

Sumber : AndroidCommunity.com