Kerajaan Indonesia mengatakan bahawa ia mungkin akan menamatkan servis BlackBerry Messenger (BBM) untuk semua model telefon bimbit blackberry selepas pengeluar smartphone itu, Research In Motion (RIM) memilih untuk membina server di Singapura dan bukannya di Indonesia.
Pada bulan September lalu, RIM telah membuat komitmen dengan kerajaan untuk menjalankan empat perjanjian. Salah satu perjanjiannya bagi penubuhan pusat data atau server.
Walaupun perjanjian itu tidak menyatakan di mana pusat data itu akan dibina, kerajaan Indonesia merasakan bahawa RIM perlu membuat keutamaan untuk Indonesia kerana ia merupakan rumah kepada pengguna BlackBerry yang paling banyak di Asia Tenggara, yang jauh melebihi bilangan pengguna di Singapura.