Baru saja rumor tentang Android versi 5.0 tersebar di internet dengan nama “Jelly Bean”. Sekarang muncul pula rumor tentang kemunculan Android versi 6.0 yang akan diberi nama sebagai “Key Lime Pie”. Seperti juga Jelly Bean, Key Lime Pie juga tidak mempunyai sebarang detail tentangnya. Terlalu awal untuk kita anggarkan kelebihan dan fungsi yang ada pada Android 6.0 yang akan menjadi sistem operasi Android yang mempunyai ciri-ciri dan teknologi terkini pada masa akan datang. Ini kerana, Android versi 4.0 (Icecream Sandwich) masih lagi belum di gunakan secara meluas pada peranti-peranti Android.

Tags