Peranti dengan 41 Megapixel, Nokia 808 PureView telah memenangi anugerah dalam kategori telefon bimbit baru terbaik di acara Mobile World Congress (MWC) 2012. Nokia 808 PureView dengan teknologi kamera yang berupaya mengambil gambar dengan 41 Megapixel telah menjadi pemenang setelah dipilih oleh para jurnalis dan analisis yang hadir pada acara MWC 2012 ini. Pada acara tersebut, Nokia berjanji akan mengeluarkan beberapa lagi produk terbaik darinya untuk peminat-peminat mereka pada masa akan datang.

Nokia 808 PureView merupakan telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan teknologi pengambaran yang tinggiserta membawa bersama sensor resolusi tinggi. Antara ciri-ciri pengambaran lain pada Nokia 808 PureView seperti kanta Carl Zeiss, autofocus, Xenon flash, 1/1.2” sensor size, ND filter, geo-tagging, face detection, rakaman video HD 1080p dan sebagainya. Peranti dari Nokia ini amat sesuai pada golongan-golongan yang sukakan pengambaran dari amatur hinggalah ke tahap professional

Tags