Samsung telah mengumumkan satu lagi ahli keluarga Galaxy iaitu Samsung Galaxy Pocket yang dikatakan akan dijual dengan harga yang murah yang sesuai kepada pelajar mahupon golongan yang dah bekerja.Walaupon dikhabarkan akan dijual dengan harga yang murah, Samsung tidak mengabaikan ciri-ciri dan fungsi yang terdapat pada Galaxy Pocket.

Samsung Galaxy Pocket di datangi dengan Android 2.3 (Gingerbread) serta menggunakan 832Mhz Processor. Selain itu, Samsung Galaxy Pocket memiliki paparan skrin berukuran 2.8 inci dengan resolusi QVGA 240 x 320 pixels. Untuk fungsi pengambaran pula, Samsung Galaxy Pocket dilengkapi dengan kamera 2 megapiksel. Untuk spesifikasi selanjutnya anda boleh rujuk di bawah.

Model Samsung Galaxy Pocket
OS Android OS, v2.3 (Gingerbread)
Processor 832 MHz Processor
Camera + 2 Megapixel, 1600×1200 pixels
+ Geo-tagging
Memory + 3GB storage
+ microSD, up to 32GB
Features + Bluetooth v3.0 with A2DP
+ USB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
+ A-GPS
+ Radio FM
Display + TFT
+ 240 x 320 pixels, 2.8 inches
+ Capacitive Touchscreen, Multitouch

Tags