Baru saja beberapa hari lepas Nokia membuat kejutan pada acara MWC 2012 dengan memperkenalkan Nokia 808 PureView dengan 41 Megapixel Kamera. Namun Nokia 808 PureView menggunakan sistem operasi Symbian.

Menurut Nokia, terdapat berita gembira untuk peminat-peminat Windows Phone dimana Nokia akan mengeluarkan Smartphone Lumia yang menggunakan sistem operasi Windows Mobile dan akan dilengkapi dengan teknologi PureView padanya pada masa akan datang.

Nampaknya pada tahun 2012 akan menjadi tahun hebat dalam persaingan kamera phone. Sudah tentu pengeluar-pengeluar telefon bimbit utama dunia seperti Samsung, Sony dan lain-lain tidak akan mengalah pada Nokia dalam menghasilkan smartphone dengan teknologi kamera yang hebat.

Tags