Gambar Nokia Windows Phone dengan 41 Megapixel PureView kamera

Nokia sebelum ini menggemparkan industri telefon bimbit dalam mengeluarkan telefon bimbit dengan 41 Megapixel iaitu Nokia 808 PureView malah Nokia 808 PureView telah memenangi anugerah peranti terbaik pada acara Mobile World Conagress (MWC) 2012 yang lalu. Pada masa yang sama, Nokia turut menyatakan bahawa Nokia akan mengeluarkan Smartphone Lumia yang menggunakan sistem operasi Windows Mobile dan akan dilengkapi dengan teknologi PureView padanya pada masa akan datang.

Kini tersebar pula di internet gambar telefon bimbit Nokia Windows Phone yang berkemukinan akan menggunakan Windows Phone 8 dan juga teknologi 41 Megapixel PureView. Menurut gambar dibawah, Nokia cuba membuat sesuatu yang baru pada reka bentuk peranti mereka. Reka bentuk dengan lengkungan yang menarik beserta warna pink, kuning dan mungkin juga biru muda akan membuatkan smartphone Nokia ini lebih menarik beserta teknologi pengambaran yang hebat.

Selain itu, gambar slide di bawah turut menyatakan beberapa ciri yang ada pada Smartphone ini antaranya seperti paparan skrin sentuh 4.3-inci, Dual-Core Processor, 41 Megapixel kamera serta kanta Carl Zeiss dan juga teknolog PureView, Rakaman video 1080p HD dan sebagainya. Namun kebenaran smartphone ini masih lagi menjadi tanda tanya kepada kita semua.Sama-samalah kita menanti pengumuman dari Nokia nanti.

Gambar Nokia Windows Phone dengan 41 Megapixel PureView kamera

Gambar Nokia Windows Phone dengan 41 Megapixel PureView kamera