Paramount membawa 500 Movies kepada Youtube dan Google Play

Google telah mengumumkan kerjasama dengan Paramount Pictures yang membolehkan lebih 500 Movies baru untuk disewa di Youtube dan juga Google Play untuk pengguna Android. Google merancang untuk membenarkan anda menyewa salinan digital Movie yang boleh di tonton melalui internet berkelajuan tinggi dan akan tamat pada tempoh yang tertentu. Google kini mempunyai tawaran dengan 5 dari 6 studio filem terbesar termasuk Paramount, Warner Brothers, Disney, Universal Pictures, Sony Pictures dan lebih 10 studio filem bebas yang menawarkan hampir 9,000 filem untuk disewa kepada berjuta-juta penonton di seluruh dunia. Kebanyakan filem tersebut kini sudah boleh didapati, dan selebihnya akan ditambah di YouTube dan Google Play dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Source: Youtube