Samsung akan membawa 3 Windows Phone pada tahun 2012

Nokia antara penyumbang utama untuk penggunaan Windows Phone sebagai OS pada peranti mereka. Namun, tidak lupa juga pengeluar telefon bimbit yang lain yang turut berminat untuk menggunakan Windows Phone pada peranti mereka. Antaranya seperti Samsung yang akan membawa tiga Windows Phone pada tahun ini. Samsung yang sinonimnya dengan platform Android, Namun, Windows Phone bukanlah pekara baru baginya. Sebelum ini, Samsung telah menggunakan Windows Phone sebagai platform pada peranti Samsung Omnia dan pada tahun ini Samsung mungkin akan menambah tiga lagi keluarga Omnia mereka.