Samsung Galaxy S Advance kini di pasaran Malaysia dengan harga RM1299
Samsung akhirnya mengumumkan bahawa Samsung Galaxy S Advance kini boleh didapati di pasaran Malaysia dengan harga RM1299. Samsung Galaxy S Advance merupakan smartphone yang mirip dengan Samsung galaxy S II tetapi sedikit kekuranggan ketara dari segi kamera dan juga kalajuan processor dimana Samsung Galaxy S Advance menggunakan kamera 5 Megapixel dan juga processor Dual-core 1.0 Ghz, Manakala Samsung Galaxy S II dilengkapi dengan kamera 8 Megapixel beserta processor Dual Core 1.2 Ghz. Walau bagaimanapon, kami masih lagi ternanti-nati kemunculan satu lagi keluarga “Galaxy S” iaitu Samsung Galaxy S III yang dijangkakan akan dilancarkan pada bulan Mei ini.