Samsung Galaxy S III bakal dilancarkan 22 Mei ini?

Samsung Galaxy S III adalah smartphone yang amat dinanti-nantikan peminatnya pada tahun 2012 ini. Jika kita mempercayai pada gambar jemputan media di atas, Samsung Galaxy S III dikatakan akan diumumkan pada 22 Mei ini di London. Dalam keratan gambar jemputan tersebut turut memperlihatkan sebahagian daripada peranti Samsung Galaxy S III yang nampak nipis beserta design yang kemas dan elegan. Selain itu, turut tertera perkataan “Fast, Vivid dan Slim” yang menjadi petunjuk kepada kita bahawa Samsung Galaxy S III berkemungkinan akan menggunakan Processor Quad-Core yang pantas, Paparan skrin Super AMOLED Plus HD yang jelas dan juga memiliki bentuk yang nipis. Namun kebenaran jemputan media ini masih lagi belum mendapat kepastiaan.