The New iPad akan berada di pasaran Malaysia bermula 20 April ini

Berita baik untuk semua peminat-peminat iPad yang ternanti-nanti kemunculan tablet idaman mereka The New iPad di pasaran Malaysia. Apple di laman webnya telah mengumumkan bahawa The New iPad akan tiba di Malaysia serta 11 negara lagi pada 20 April ini. Antara negara yang akan menerima The New iPad pada 20 April ini ialah Brunei, Croatia, Cyprus, Dominican Republic, El Salvador, Guatemala, Malaysia, Panama, St Maarten, Uruguay dan Venezuela dan selebihnya akan menerima pada 27 April ini.

The New iPad boleh didapati dalam dua warna hitam dan putih dan akan dijual dengan harga RM 1,531 (USD 499) untuk model 16GB, RM 1,837 (USD 599) untuk model 32GB dan RM 2,143 (USD 699) untuk model 64GB. Manakala untuk versi WIFI + 4G pula dijual dengan harga RM 1,929 (US 629) untuk model 16GB, RM 2,235 (USD 729) untuk model 32GB dan RM 2,542 (USD 829) untuk model 64GB. Namun, rangkaian 4G masih lagi tidak terdapat di Malaysia. Jadi, kami tidak pasti bahawa The New iPad versi WIFI + 4G akan ditawarkan di Malaysia.

Source : Apple