Selepas pelancaran Samsung Galaxy S III, ramai yang mengeluh akan saiznya yang agak besar dan tidak selesa untuk dipegang. Kemudian, Samsung membuat keputusan untuk mengeluarkan sesuatu yang lebih kecil untuk pengguna. Akhirnya, hari ini Samsung dengan rasminya telah melancarkan Samsung Galaxy S3 Mini dengan saiz paparan yang lebih kecil sebesar 4.0 inci.
Bukan itu saja, Galaxy S III Mini lebih mengfokuskan kepada golongan pertengahan dan bakal dijual lebih murah sekitar RM1200 berbanding abangnya yang beharga sekitar RM2000. Namun, Samsung terpaksa menurun taraf spesifikasi dan teknologi yang ada pada Galaxy S III bagi digunakan pada Galaxy S III Mini seperti processor yang diturunkan kepada Dual-core 1 GHz dan kamera yang diturunkan kepada 5 Megapixel. Reka bentuknya masih lagi seakan-akan Galaxy S III dan perbezaan ketara hanya pada saiz yang lebih kecil iaitu pada dimensi 121.6 x 63 x 9.9 mm dan seberat 111g.
Untuk Galaxy S III Mini, Samsung telah mengemas kini dengan menggunakan Android 4.1 Jelly Bean yang terbaru padanya. Samsung Galaxy S III Mini boleh didapati dalam dua versi memori terbina iatu 8 dan 16GB yang di padukan dengan memori RAM sebesar 1 GB. Dibawah merupakan perbandingan antara spesifikasi antara Galaxy S III dan Galaxy S III Mini.
Model | Samsung Galaxy S III |
Samsung Galaxy S III Mini |
OS | Android OS, v4.1.1 (Jelly Bean) | Android OS, v4.1 (Jelly Bean) |
Processor Chipset GPU |
Quad-core 1.4 GHz Cortex-A9 Exynos 4412 Quad Mali-400MP |
Dual-core 1 GHz NovaThor U8420 – |
Camera | + 8 Megapixel, 3264×2448 pixels + 1.9 Megapixel Front Camera |
+ 5 Megapixel, 2592×1944 pixels + VGA Front Camera |
Memory | + 16 GB storage + 2 GB RAM |
+ 8/16 GB storage + 1 GB RAM |
Features | + Bluetooth 4.0 + microUSB 2.0 + Wi-Fi 802.11 a/b/g/n , Wi-Fi hotspot |
+ Bluetooth 4.0 + microUSB 2.0 + Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi hotspot |
Display | + Super AMOLED, 16M colors + 720 x 1280 pixels, 4.8 inches + Capacitive touchscreen, Multitouch + Corning Gorilla Glass 2 |
+ Super AMOLED, 16M colors + 480 x 800 pixels, 4.0 inches + Capacitive touchscreen, Multitouch – |
Design | + Dimension 136.6 x 70.6 x 8.6 mm + Weight 131 g |
+ Dimension 121.6 x 63 x 9.9 mm + Weight 111.5 g |