Selepas beberapa hari HTC One dilancarkan, banyak komen-komen positif di alam siber berkenaan perubahan yang dibawakan HTC terutamanya pada kamera yang memperkenalkan kamera Ultrapixel yang membenarkan gambar diambil dengan kualiti yang tinggi. Kini, pihak HTC turut berkongsi beberapa maklumat termasuk harganya yang bakal dijual pada harga RM2299 (memori dalaman 32 Gb) yang dijangkakan akan berada di pasaran Malaysia pada penghujung April 2013.
Untuk spesifikasinya, sudah tentu HTC membawakan sesuatu menarik buat kita. Peranti ini dilengkapi dengan paparan skrin HD penuh sebesar 4.7 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels serta memiliki ketumpatan pixel yang tinggi sekitar 469 PPI bagi memastikan paparan yang lebih jelas dan terperinci. HTC One membawakan processor Quad-core 1.7 GHz serta 2 GB RAM untuk memastikan ia dijalankan dengan lancar serta fungsi “multitasking” yang efektif. Untuk kameranya pula, 4 Megapixel kamera digunakan bersama teknologi ultrapixel dan 2.1 megapixel kamera hadapan untk panggilan video melalui WIFI. Untuk spesifikasi penuh HTC One boleh merujuk di Phone Gallery.
Klik Untuk Spesifikasi Penuh HTC One |