Google telah melancarkan Android For Work bagi menguruskan kerja seharian yang lebih efektif untuk ahli korporat. Android For Work bukanlah sesuatu yang baru, ia mula diperkenalkan pada Google I/O 2014 yang lalu di mana ketika itu Google ingin membawakan Android di dalam pengurusan kerjaya yang lebih baik dan selamat.
Buat masa ini, Android For Work ini hanya boleh didapati di Telefon pintar Android 5.0 Lollipop sahaja. Untuk program ini, Google membahagikan 4 perkara utama yang terdapat pada Android For Work:
Profile Kerja – Anda boleh menggunakan peranti Android di rumah dan juga di tempat kerja dengan memisahkan profile yang berbeza bagi melindungi kerja data. Pihak majikan tidak akan dapat melihat sebarang data dari profile persendirian.
Aplikasi Android For Work – Untuk peranti yang tidak boleh naik taraf ke Lollipop, Google turut hadir dengan aplikasi khas yang dipisahkan bagai memastikan email, dokumen, kalendar lebih selamat yang diuruskan jabatan IT syarikat tersebut.
Google Play for Work – Google juga menyediakan Google Play khas bagi membenarkan syarikat menguruskan aplikas-aplikasi Android For Work.
Aplikasi Untuk Perniagaan – Google turut menyediakan aplikasi seperti email, contacts, dan calendar yang menyokong Microsoft Exchange dan Lotus Notes dan menyedikan kemudahan suntingan termasuk dokumen dan juga perbentangan slide.
Sumber : Google