Kodak sudah begitu sinonim dengan dunia fotografi. Kini mereka dilihat cuba untuk memasuki pasaran smartphone dengan melancarkan smartphone pertama Kodak IM5 yang akan dipasarkan di Eropah dan Amerika Syarikat. Ia dijangka akan dijual sekitar £189.98 atau RM1050 di Malaysia.
Kodak IM5 merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang dipadukan dengan platform yang berasaskan Android 4.4 Kitkat. Seperti jenamanya, sedah tentu Kodak IM5 turut hadir dengan fungsi fotografi yang terbaik. Ia dilengkapi dengan kamera 13 Megapixel yang turut hadir bersama 5 Megapixel kamera di bahagian hadapan. Selain itu, peranti ini turut dimuatkan dengan cip MediaTek dengan pemproses Octa-Core 1.7 Ghz.
Buat masa ini, Kodak masih lagi belum mengumumkan sama ada peranti ini akan dipasarkan luar dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Spesifikasi Smartphone Pertama Kodak IM5
- Dilengkapi dengan pemproses Mediatek Octa-Core 1.7 GHz
- Hadir dengan 1 GB RAM serta memori terbina 8 GB
- Paparan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi 720 x 1280 pixel
- 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan
- Sistem Operasi Android 4.4 (KitKat) yang boleh di kemas kini kepada Lollipop